Mahkamah Bebaskan 17 Individu Didakwa Rusuh Di Kuil Sri Maha Mariamman

Berita

Mahkamah Bebaskan 17 Individu Didakwa Rusuh Di Kuil Sri Maha Mariamman

Masih ingat dengan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield yang berlaku pada awal pagi 26 November 2018?

Pergaduhan tersebut dikatakan berpunca daripada isu penempatan semula kuil yang tidak dipersetujui oleh beberapa penganut.

Advertisement

Rusuhan yang dimulakan oleh sekumpulan lelaki itu telah mengorbankan nyawa seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

adib

 

17 lelaki dibebaskan

Hari ini, mahkamah dilaporkan membebaskan 17 lelaki yang didakwa merusuh kuil tersebut tanpa memanggil mereka untuk membela diri.

Menurut laporan, Majistret Muhammad Iskandar Zainol memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Tiada senjata dikemukakan di mahkamah sebagai bahan eksibit seperti pisau seperti yang dinyatakan dalam kertas tuduhan.”

Perkata itu disahkan oleh peguam R Kirthiraj yang mewakili salah seorang tertuduh, Saifullah Abdullah dan berkata ia berikutan saksi pendakwaan gagal mengenal pasti tertuduh.

rusuhan kuil

rusuhan kuil 1

 

Tiada laporan forensik

Selain itu, saksi berkenaan juga didapati tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dalam memberikan kenyataan di mahkamah.

Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang laporan forensik senjata terbabit.

Semua senjata itu hanya dikutip dari tempat kejadian oleh saksi dan bukannya rampasan daripada tertuduh.”

Kesemua tertuduh berusia 24 dan 47 tahun itu adalah Riduan Sekh Ruslan, Irwan Noordin, Khairi Abdul Rashid, Rozaihan Zakaria, Qayyum Mohd Faisal, Ashraf Mohd Faizal, Absal Eastrie Abdullah, Jalil Talib, Khairol Anuar Zabidi, Zamri Md Said, Shukri Razali, Nor Azmi Abdul Ghani, Shahril Danniel Sajeel, Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Azi dan Norul Ismawi Islahuddin.

rusuhan kuil 2

Mereka didakwa merusuh dan memiliki senjata berbahaya antara 2 pagi hingga 5 pagi pada tarikh dinyatakan dan dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

muhammad adib tommy thomas
3 years ago

Nak Mulakan Hidup Baru, Keluarga Arwah Adib Tarik Balik Komital Penghinaan Terhadap Tommy Thomas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...