“Mahalnya! Level Siti Ni” – Tiket Konsert Aina Abdul Harga Beribu, Netizen Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza

Hiburan

“Mahalnya! Level Siti Ni” – Tiket Konsert Aina Abdul Harga Beribu, Netizen Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza

Siapa saja yang tidak kenal dengan penyanyi hebat iaitu Aina Abdul dimana, kian hari namanya menjadi perhatian orang ramai yang bukan saja dari Malaysia, malah dari luar negara juga.

Baru-baru ini, setelah lama menunggu, akhirnya peminat penyanyi ini dapat membeli tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang diadakan di Istana Budaya bertarikh 25 dan 26 Jun depan.

Advertisement

Melalui laporan Gempak, konsert terbabit dianjurkan disebabkan sambutan yang diterima ketika A Night With Aina Abdul 1.0 yang dilangsungkan di Menara Ken TTDI, Petaling Jaya pada tahun lalu.

Biarpun ramai yang teruja, ada juga beberapa peminat yang merungut apabila melihat harga tiket yang dijual kerana mereka berangapan ianya terlalu mahal.

Mereka merasakan dengan meletak harga sedemikian, peminat yang berada di golongan B40 tidak mampu untuk menonton persembahan secara langsung Aina Abdul.

Dalam pada masa yang sama, netizen turut membandingkan harga tiket penyanyi lagenda lain seperti konsert Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan Ella.

komen twitter

Hanya sekadar info, difahamkan harga tiket konsert yang dijual menerusi laman web yang paling rendah adalah RM113.6 dan yang paling tinggi adalah RM1246.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

mcmc skmm kelepok raya annuar musa
7 bulan lalu

MV 'Kelepok Raya' Terima Banyak Aduan, SKMM Minta Aliff Syukri Hadir Untuk Siasatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    April 27, 2022 at 5:02 pm

    Sapa suruh menggelupur sgt nak tgk konsert pun…ceramah agama free kat masjid dekat umah x penah nak pegi pun..bangang

  2. Anonymous

    April 26, 2022 at 11:54 am

    MUJUR CIK TAK MINAT HAHAHAHAH

Loading...