“Mahal Dan Tak Sedap Macam Dulu” – Lelaki Luah Bercuti Di Hatyai Terlalu ‘Overrated’, Tak ‘Seindah’ Yang Disangka

Travel

“Mahal Dan Tak Sedap Macam Dulu” – Lelaki Luah Bercuti Di Hatyai Terlalu ‘Overrated’, Tak ‘Seindah’ Yang Disangka

Boleh dikatakan rakyat Malaysia selalunya akan memilih negara Thailand sebagai destinasi untuk mereka melancong susulan ramai yang mendakwa di sana lebih murah jika untuk menikmati makanan sambil bercuti.

Hatyai ‘indah khabar dari rupa’?

Namun begitu, seorang lelaki warga tempatan meluahkan rasa kecewa dengan penawaran di Hatyai yang tidak indah yang disangka.

Advertisement

Menurutnya, Hatyai merupakan tempat yang menawarkan harga yang cukup tinggi, mahal, malah tidak asli lagi.

hatyai

Bukan saja kecewa mengenai harga, mestikpun disana ada penawaran makanan halal yang banyak tetapi kebersihannya tidak dijaga pula dan disebabkan itu, dia enggan lagi bercuti di Hatyai.

Harga makanan di Hatyai lagi mahal berbanding di Malaysia

Dia turut mendedahkan dirinya pernah pergi ke sana pada tahun 2008 dan 2012 yang mana ketika itu jika bawa RM300 sudah cukup untuk menampung perjalanan di Hatyai selama tiga hari, termasuk hotel, makanan serta pengangkutan.

Bagaimanapun, disebabkan berlakunya inflasi, dia merasakan harga yang diletak oleh peniaga di sana sudah tidak masuk akal dan jauh lebih mahal berbanding harga di Malaysia.

Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut bersetuju dengan pendapat lelaki terbabit.

komen

thailand
8 months ago

4.8 Juta Rakyat Kita Melancong Ke Thailand Tetapi Hanya 1.3 Juta Rakyat Thai Bercuti Di Malaysia. Apa Sebabnya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...