“Macam Tipu Je..” – Kongsi Temui Lailatul Qadar & Malaikat, Netizen Ragui Cerita Siti Nurhaliza?

Hiburan

“Macam Tipu Je..” – Kongsi Temui Lailatul Qadar & Malaikat, Netizen Ragui Cerita Siti Nurhaliza?

Baru-baru ini, tular satu video di platform Facebook memaparkan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dikatakan melihat satu perkara yang menakjubkan di tanah suci Mekah.

Video rakaman terbabit difahamkan telah diterbit beberapa tahun yang lalu, namun ia dimuat naik semula oleh pengguna media sosial terbabit.

Advertisement

Di dalam rakaman itu, Siti Nurhaliza memberitahu kepada ustaz Don Daniyal di dalam sebuah rancangan bual bicara TV Al-Hijrah.

siti nurhaliza dapat tengok lailatul qadar

Melalui bual bicara penyanyi terbabit bersama ustaz Don, Siti berkongsi cerita bahawa dirinya berdoa kepada Allah S.W.T di tanah suci untuk ditunjukkan Lailatul Qadar serta bertemu dengan malaikat dan beliau mendedahkan hajatnya telah dimakbulkan.

Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan.

Meninjau di ruangan komen hantaran luahan Siti itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

komen fb

komen fb

Netizen kebanyakkannya tidak terlalu mempercayai apa yang diperkatakan oleh penyanyi terbabit kerana mereka merasakan ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilihat.

Sehingga kini, video terbabit telah meraih lebih 900,000 tontonan daripada warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ramai dengki Elisya Sandha puji suami
2 years ago

"Tu Tanggungjawab B*ngok.." - Puji Suami Korban Waktu Tidur Demi Anak, Elisya Sandha Dikata 'Over'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...