“Tu Tanggungjawab B*ngok..” – Puji Suami Korban Waktu Tidur Demi Anak, Elisya Sandha Dikata ‘Over’

Hiburan

“Tu Tanggungjawab B*ngok..” – Puji Suami Korban Waktu Tidur Demi Anak, Elisya Sandha Dikata ‘Over’

Sedia maklum, pelakon Elisya Sandha baru-baru ini ada membuat majlis aqiqah anak perempuannya yang bernama Bunga Elhaq pada Hari Raya Aidiladha.

Elisya juga ada berkongsikan foto-foto sepanjang majlis aqiqah berlangsung di Instagramnya dan membuat nukilan istimewa untuk suami tercinta, Uzair Haqimy sudah banyak berkorban demi anak perempuan seperti bangun setiap malam bagi menukarkan lampin pakai buang yang dipakai oleh anak.

Advertisement

Biarpun hanya ingin berkongsi perasaannya, ada sesetengah netizen yang berasa ‘muak’ melihat nukilan tersebut kerana merasakan ia sememangnya perkara yang perlu dilakukan apabila sudah bergelar ibu bapa.

Menurut mereka lagi, ia sememangnya merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk berbuat sedemikian dan bukannya satu perkara yang perlu ‘dibanggakan’ oleh Elisya.

Sedar dirinya dikecam kerana membuat posting tersebut, pelakon terbabit mengambil jalan untuk tidak mengendahkan kecaman-kecaman yang diterima dan tidak memerlukan justifikasi warganet.

Tambahannya lagi, selagi perkongsiaannya bukan berbaur buruk, maka ia bukanlah satu hal yang besar yang perlu difikirkan olehnya serta keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Neelofa jelaskan isu inai Nunha
5 bulan lalu

"Kami Sedang Tunggu SIRIM & HALAL.." - Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha, Neelofa Tak Diam Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    July 13, 2022 at 1:43 pm

    who she

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...