“Macam Tak Ada Costume Lain” – Netizen Kecam Lelaki Berpakaian ‘Sl*tty Maid’ Di Tempat Awam

Kehidupan

“Macam Tak Ada Costume Lain” – Netizen Kecam Lelaki Berpakaian ‘Sl*tty Maid’ Di Tempat Awam

Baru-baru ini tular di aplikasi Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa apabila seorang pengunjung festival anime telah memakai costume yang ‘tidak senonoh’ di tempat awam.

Difahamkan, lelaki itu telah hadir ke festival anime ataupun Anime Fest yang telah dilangsungkan di Paradigm Mall Petaling Jaya dengan berpakaian ‘Sl*tty Maid‘ atau Maid Seksi.

Advertisement

Menerusi ciapan tersebut, dilihat lelaki itu juga memakai rantai dileher sekaligus melanggar garis panduan pemakaian yang ditetapkan oleh pihak penganjur bagi menghadiri acara tersebut.

cosplay

Sangat tak senonoh dan tak ada common sense langsung!! Cosplay sebab trend atau nak kejar femes dengan buat benda-benda b*doh?

Malah, apa yang lebih mengecewakan apabila semua pengunjung mengetahui bahawa acara tersebut turut dihadiri oleh kanak-kanak bawah umur dan diadakan di tempat awam.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki itu yang dianggap keterlaluan dalam mengenakan cosplay.

Apa sahaja benda kita buat ada batasan agama dan adab. – Netizen.

Golongan macam ni lah buat teruk kat event. Siapa dah biasa follow event, mesti dah faham rules & regulations, tak adanya nak sebarang pakai,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

founder menipu inai boleh dibawa solat
3 years ago

Kantoi Menipu Kata Inai Boleh Dibawa Solat, Founder Siap 'Body Shaming' Wanita Nak Tutup Salah Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...