Baru-baru ini, setelah menantu kepada penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin memuat naik sebuah video di Instagram memaparkan dirinya serba putih telah dikecam oleh netizen.
Sebab dirinya dikecam adalah kerana netizen mendakwa cara beliau mengayakan tudung seolah-olah biarawati dan ramai yang menegur agar beliau tidak mencalarkan imej sebagai wanita Islam.
Dalam pada itu, ada juga yang membandingkan cara pemakaiannya dengan kakak ipar beliau iaitu Izara Aishah, dimana warganet merasakan jauh lebih sopan dari gaya Tya.
Susulan dari isu yang telah tercetus, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memohon maaf kerana telah mencetuskan satu masalah akibat dari gaya tudung yang dipakai olehnya ketika itu.
Teguran kalian Tya anggap adalah rasa sayang dari kalian.
Menurutnya lagi, dia tidak menyangka akan mencetuskan satu kontroversi dan berkata dirinya masih sedang belajar untuk menjadi lebih baik serta berasa bersyukur kerana ramai yang mengambil peduli tentang dirinya.
View this post on Instagram
Sekadar info, sambutan hari lahir yang ke-63 itu disambut meriah oleh keluarga serta rakan terdekat dan tidak ketinggalan juga, majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari penyanyi hebat iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza