Sebelum ini, seringkali kita dengar di media sosial mengenai aksi kemesraan antara dua selebriti terkenal, Ruhainies dan Zul Ariffin yang tular sehingga menimbulkan rasa tidak selesa oleh segelintir netizen.
Sekali lagi, mereka berdua kelihatan begitu mesra ketika menghadiri sebuah majlis jenama Ralph Lauren di dalam sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok.
Menerusi video tersebut, Ruhainies dan Zul Ariffin dilihat sedang sibuk bergambar bersama peminat namun tidak lama selepas itu, Zul memegang lengan Ruhainies dan berbisik sesuatu sebelum pergi meninggalkannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang mendakwa bahawa selebriti itu sudah berkahwin dek kerana gaya mereka yang sudah menyerupai pasagan suami isteri.
Diorang sebenarnya dah kahwin senyap-senyap, diorang dah rancang kita yang lalai – netizen.
“Positif sahaja la.. diorang sudah nikah.. tak mahu heboh-heboh, masih banyak kontrak belum habis.. nanti kena saman,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.