“Saya Dengan Zul Memang Sangat Rapat” – Ruhainies

Hiburan

“Saya Dengan Zul Memang Sangat Rapat” – Ruhainies

Aksi mesra Zul Ariffin dan Ruhainies baru-baru ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Bagi peminat, ada yang kata mereka berdua nampak sweet dan segelintir netizen berasa kurang senang kerana Zul sebelum ini pernah berkata sudah tidak mahu menyentuh perempuan lagi.

Baca: “Haritu Masa Ikut Ebit Lew Cakap Taknak Sentuh Perempuan Lagi”

Advertisement

Menurut Kosmo, Ruhainies telah tampil memberi penjelasan selepas menyedari aksi mereka mengundang pelbagai reaksi di media sosial sehingga ada yang membuat spekulasi mereka berdua sudah berkahwin.

Katanya, mereka berdua tidak mempunyai hubungan istimewa sebaliknya memang rapat sebagai rakan karib.

Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersua­ra’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.”

@zaharzbubu7

Hari ni depa lagi sweet laaaa, auchhhh ?

? BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Difahamkan video pertama yang viral itu dirakam ketika Ruhainies dan Zul menghadiri Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Video kedua pula adalah ketika Zul melawatnya di set penggambaran dua hari lepas.

Ruhainies turut berkata mereka berdua sangat mengenali perangai masing-masing dan Zul tidaklah seperti yang orang ramai fikirkan. Selain itu, dia akui tidak marah pada pembantu peribadinya yang muat naik video itu di TikTok sehingga menjadi viral.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anon

    December 23, 2021 at 6:44 pm

    Eh..mana boypren ruhainis tu? Duk pulun suap tup2 hilang dah ke??? Apa kes? Desperado

Loading...