“Macam Mustahil..” – Saksi Sering ‘Diperlekehkan’, Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Perbicaraan #JusticeforBella

Kehidupan

“Macam Mustahil..” – Saksi Sering ‘Diperlekehkan’, Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Perbicaraan #JusticeforBella

Tular di media sosial sejak semalam apabila pihak peguambela bagi suspek utama kes penderaan kanak-kanak kurang upaya, Bella iaitu Siti Bainun Abd Razali yang didakwa saksi kes telah memaksa kanak-kanak malang itu makan 80 cili padi dan menyeksanya setiap hari.

Kes itu juga telah menjadi tular dengan tanda pagar #JusticeforBella di media sosial di mana ramai yang meluahkan rasa marah dengan tindakan suspek terhadap kanak-kanak itu.

Advertisement

Malah, dengan pendedahan kesan luka pada tubuh yang menyayat hati turut meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baru-baru ini, penyanyi dan juga selebriti media sosial , Fynn Jamal ada berkongsikan pengalamannya duduk bersidang bagi mendengar sendiri perbicaraan kes penderaan dan pengabaian Bella ini.

Menurut Fynn, keadilan buat kanak-kanak itu seperti mustahil untuk dicapai setelah dia menghadiri dan mendengar sendiri prosiding berkenaan.

Katanya, dalam perbicaraan itu, pihak peguambela seolah-olah berusaha untuk menunjukkan kepada mahkamah bawa kenyataan saksi tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten.

Fynn jamal BellaSumber : Instagram  

Namun, saksi yang dikenali sebagai Yasmin itu menurut Fynn sangat ‘champion’ dan berani berhadapan dengan soalan daripada peguambela meskipun sering diperlekehkan.

Malah, peguambela turut ‘mengungkit’ kisah silam Yasmin yang sebelum ini turut dijaga oleh Bainun berikutan kes hamil anak luar nikahnya yang terdahulu.

Fynn JamalSumber : Instagram  

Akhiri Fynn Jamal, meskipun Bella memperoleh pembelaan yang sepatutnya dia dapat kemudian hari, masyarakat sebenarnya sudah ‘gagal’ menjadi seorang manusia dan hal yang mungkin perit untuk ditelan adalah sebenarnya dan sememangnya  “tak ada keadilan untuk Bella”.

Peguam siti bainun dikecam netizen
3 years ago

"Masih Terlalu Awal Untuk Kata Itu Ini.." - Penjelasan Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...