“Macam La Dia Yang Mengandung” – Kongsi Tips Yakinkan Isteri Dapat Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Netizen

Hiburan

“Macam La Dia Yang Mengandung” –  Kongsi Tips Yakinkan Isteri Dapat Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Netizen

Baru-baru ini, Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar telah memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya berkongsi tips untuk para lelaki tentang bagaimana untuk meyakinkan isterinya untuk mempunyai anak yang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa beliau sentiasa menyukai keluarga yang besar dan secara semula jadi beliau mahu menggembangkan lagi keluarga beliau.

Advertisement

Menurutnya lagi, anak yang ramai dapat menjaga ibu bapa dan tidak akan membuatkan ibu bapa mereka berasa sunyi ketika di hari tua nanti.

dr

InsyaAllah …dengan keizinanMu. Tetapi pertamanya saya perlu meyakinkan Dr Halina. Lagipun itu badan dia…

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dikritik oleh pengguna Twitter yang rata-rata tidak bersetuju dengan tips-tips yang diberikan oleh beliau dan merasakan bahawa suami seharusnya menghomati keputusan isteri jika si isteri tidak mahu melahirkan anak lagi.

 

Taktik menjijikkan untuk menyalahkan isteri yang sudah melahirkan anak sekampung dan memeras ugutnya secara emosi untuk melahirkan anak lain, semuanya kerana ego besar seorang lelaki. – Netizen.

Anak-anak bukan insurans hari tua. Mereka tak minta dilahirkan untuk berhutang budi. Kita yang bertanggungjawab atas hari tua kita nanti,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Orang Malaysia Punya Boikot.." - Netizen Pelik 'Followers' Pelakon 'Aksi' Panas Naik Dari 9K Sampai 20K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...