“Orang Malaysia Punya Boikot..” – Netizen Pelik ‘Followers’ Pelakon ‘Aksi’ Panas Naik Dari 9K Sampai 20K

Kehidupan

“Orang Malaysia Punya Boikot..” – Netizen Pelik ‘Followers’ Pelakon ‘Aksi’ Panas Naik Dari 9K Sampai 20K

Baru-baru ini kecoh di rata-rata media sosial isu babak aksi ‘panas’ dalam drama yang bakal ditayang pada bulan Ramadan bertajuk Perempuan Itu telah mendapat kecaman teruk oleh orang ramai.

Menerusi satu ciapan yang tular di laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi sebab-sebab mengapa rakyat Malaysia sepatutnya ‘boikot’ atau ‘cancel’ drama berkenaan.

Advertisement

Menurutnya, drama itu akan disiarkan pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan paling suci bagi umat Islam dan ianya tidak sesuai untuk menjadi tontonan untuk orang Islam.

twitter

Ia akan disiarkan di TV3. Ramai kanak-kanak juga menonton TV3.

Jelasnya lagi, pelakon-pelakon yang melakonkan babak berkenaan juga merupakan orang beragama Islam dan mereka melakukan adegan tidak senonoh dan dilarang dalam Islam.

Meninjau di ruangan balas, seorang lagi pengguna Twitter telah memaklumkan bahawa pengikut di laman sosial pelakon drama itu malah naik mendadak.

Semalam followers 9k harini dah 20k. Orang Malaysia punya cancel atau boikot ni korang jangan percaya, kisah dongeng je,” tulis seorang netizen.

pelakon

Rata-rata netizen turut bersetuju dan menganggap perkara sebegitu sering dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Tula aku tak faham kenapa nak pergi follow, macam terbalik kat Malaysia punya boikot,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zul ariffin
2 years ago

"Lepas Ni Saya Akan Lebih Berhati-Hati" - Zul Ariffin Mohon Maaf Tayang 'Aksi' Panas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...