“Macam Kubur Tapi Kubur Cerah Ada Angin..” – Syatilla Melvin Serik Masuk Mesin MRI, Hampir Kena ‘Panic Attack’

Hiburan

“Macam Kubur Tapi Kubur Cerah Ada Angin..” – Syatilla Melvin Serik Masuk Mesin MRI, Hampir Kena ‘Panic Attack’

Baru menerima rawatan akibat slip dics, pelakon Syatilla Melvin berkongsi pengalaman dirinya ketika di hospital dan kini terpaksa bergantung kepada ubat.

Masuk mesin MRI

Menurut pelakon ini di siaran langsung TikTok baru-baru ini, dirinya berasa amat tidak selesa dan takut ketika dirinya sedang menjalani pemeriksaan pengimejan resonansi magnetik (MRI) di hospital.

Advertisement

Saya dalam mesin tu 35 minit. Saya rasa sesak nafas sebab tempat tu sangat kecil. Rasa macam dalam kubur, tapi kubur cerah dan ada angin.

@anis.pana♬ original sound – Anispana

Mungkin boleh kena panic attack

Tambahnya, dia langsung tidak boleh melelapkan mata sepanjang berada dalam mesin tersebut. Meskipun tidak sakit, namun kerana ruang yang sempit dan kecil, Syatilla tidak ingin sesekali menjalani pemeriksaan MRI lagi.

Kalau tak boleh kawal minda, mesti kena panic attack dan tak boleh bernafas. Tak boleh gerak, telan air liur pun kena perlahan-lahan kalau tak mesin tak boleh baca bacaan.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini terpaksa ke hospital selepas tiga hari merasakan sakit belakang dan di leher.

the melvins
6 months ago

Syatilla Melvin & Adik Beradik Tengah Syok Buat 'Live' Tunjuk Gincu, Tiba-Tiba Lain Pula Jadi - "Aku Pun Jerit Sekali Weh..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...