Syatilla Melvin & Adik Beradik Tengah Syok Buat ‘Live’ Tunjuk Gincu, Tiba-Tiba Lain Pula Jadi – “Aku Pun Jerit Sekali Weh…”

Hiburan

Syatilla Melvin & Adik Beradik Tengah Syok Buat ‘Live’ Tunjuk Gincu, Tiba-Tiba Lain Pula Jadi – “Aku Pun Jerit Sekali Weh…”

Gelagat empat beradik The Melvins iaitu Syatilla, Syida, Syifa dan Syafiqa sering meraih perhatian ramai warganet di media sosial terutamanya pengikut mereka di TikTok.

Mereka ini mempunyai peminat tersendiri yang sentiasa terhibur dengan gelagat serta perangai masing-masing yang ‘loqlaq’ dan suka menyakat antara satu sama lain.

Advertisement

Tular di TikTok rakaman yang diambil daripada sesi live mereka selepas ia mempamerkan aksi tidak senonoh yang tidak disengajakan.

Menerusi video itu, adik beradik tersebut sedang menunjukkan warna gincu jenama mereka, Kekasih by The Melvins dan Syatilla serta adiknya, Baby kemudian menunjukkan bibir yang sudah dicalit lipstick.

Namun, kedua-dua mereka kebetulan berpaling kepala menghadap satu sama lain dan tidak sengaja tercium sedikit di bahagian bibir.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat adik beradik itu turut terkejut dengan apa yang berlaku dan terhibur dengan gelagat The Melvins.

Ramai yang turut akui terhibur dengan reaksi terkejut Syida Melvin yang speechless dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata selepas insiden itu berlaku.

syifa
10 months ago

Syifa Melvin Buat 'Gender Reveal', Gelagat Syatilla & Syida Melompat Jadi Perhatian - "Okay Tak Tu Pinggang??"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...