Sedia maklum, penyanyi terkenal antarabangsa, Yuna mendedahkan dirinya akan melakukan konsert di Malaysia untuk menghiburkan hati peminat-peminatnya di sini.
Dengan pengumuman untuk melakukan konsert ini, ramai peminat berasa tidak sabar untuk membeli tiket serta mengunjungi konsert penyanyi berkenaan setelah sekian lama menunggu.
Yuna memaklumkan berita ini ketika ditemubual oleh pihak Gempak dan susulan itu, pihak mereka telah berkongsikan artikel ini di laman Facebook agar berita ini dapat diketahui ramai.
Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen perkongsiaan artikel itu di Facebook Gempak, netizen mempersoalkan fesyen hijabnya pula.
Menurut netizen, fesyen yang diperagakan itu kelihatan seperti wanita firaun dan sama sekali tidak melambangkan sebagai wanita beragama Islam.
Oleh kerana itu, ada juga warganet yang meminta agar Yuna tidak kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsertnya kerana ia sama sekali tidak memberi manfaat dan dakwa hanya akan mendatangkan ‘bala’ kepada negara ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.