Usahawan kosmetik dan jutawan, Datuk Seri Vida baru-baru ini ada berkongsikan video memaparkan dirinya menjalani ujian ‘Ovarian Reserve’ untuk tujuan mengetahui tahap kesuburannya pada akhir Ogos lalu.
Kata Vida, dia telah memperoleh keputusan tersebut dan memaklumkan bahawa dia masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat meskipun sudah lanjut usia.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, doktor bertauliah yang memeriksa keadaannya memberitahu bahawa tiada kolestrol dalam darah seperti darah ‘anak dara’.
Bila ada kisah-kisah nak kahwin ini, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah. Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan melahirkan zuriat. Maka saya buat ujian ovarian reserve, ambil darah untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya.
Vida dalam pada itu sempat memaklumkan bekas pembantu peribadinya dahulu iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli mengenai perkara itu.
Ibu kepada pelakon cilik Cik B itu khabarnya telah mengirimkan kiriman suara sambil menangis tersedu-sedan selepas menjalani ujian terbabit.
Perkara tersebut turut dikongsikan Iqbal menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.