“Macam Budak Kecik Rakam!” – Tiba-Tiba Muncul Tulisan, Teruk Rakaman Kamera AJL37 Dikutuk Netizen

Hiburan

“Macam Budak Kecik Rakam!” – Tiba-Tiba Muncul Tulisan, Teruk Rakaman Kamera AJL37 Dikutuk Netizen

Sedia maklum, Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) telah bersiaran secara langsung serta turut mengegarkan di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan kehadiran para penyanyi.

Biarpun arena berkenaan di penuhi dengan peminat yang rindu untuk menonton persembahan penyanyi kesayangan mereka secara langsung di pentas AJL, ada juga beberapa netizen meluahkan rasa tidak puas hati ketika menonton anugerah tersebut, semalam.

Advertisement

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan rakaman kamera dan merasakan jurukamera tidak merakam bahagian persembahan yang sepatutnya dipertontonkan oleh penonton di rumah.

Lagi-lagi, sewaktu penyanyi, Iman Troye mendendangkan lagu Nang, ramai netizen mempersoalkan tulisan berwarna merah serta kuning muncul di tengah-tengah persembahan.

Isu mengenai rakaman kamera AJL kali ini bukanlah pertama kali dibangkitkan oleh para penonton, bahkan yang sebelum ini juga sering dipersoalkan oleh para penonton.

komen netizen

Sekadar info, sebanyak 12 lagu telah bertanding di Anugerah Juara Lagu 37 pada 12 Februari, semalam dan gelaran juara pula diperoleh oleh Aina Abdul yang membawa lagu Terus Hidup.

2 years ago

"Cantik Gila Tahu Tak!" - Busana Aina Abdul Ketika AIM23 Dipuji Warganet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...