“Cantik Gila Tahu Tak!” – Busana Aina Abdul Ketika AIM23 Dipuji Warganet

Hiburan

“Cantik Gila Tahu Tak!” – Busana Aina Abdul Ketika AIM23 Dipuji Warganet

Umum sedia tahu bahawa Anugerah industri Muzik ke-23 (AIM23) telah berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam yang menampilkan sebanyak 21 kategori membabitkan 105 calon yang disenarai pendek.

Ramai selebriti yang berjaya mencuri perhatian dengan penampilan masing-masing termasuklah penyanyi terkenal, Aina Abdul yang dipuji oleh warganet kerana busana yang digayakan.

Advertisement

Dalam majlis berkenaan, Aina menggayakan persalinan serba putih dihiasi kristal dilengkapi pelepah ostrich mewah rekaan pereka terkenal tempatan, Rizman Ruzaini.

Pakaian tersebut berjaya mendapat komen positif dari rakan-rakan artis.

“Cantiknya,” ujar Indah Ruhaila di ruangan komen.

Princess in real life,” kata Aisha Retno.

Dalam pada itu, warganet turut memuji pakaian yang digayakan pelantun lagu Terus Hidup itu.

Sekadar info, Aina Abdul membuat persembahan pembukaan pada malam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23).

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

3 bulan lalu

"Orang Persoal Agama Saya" - Isu Sokong Busana Kel Wen, Aina Abdul Tertekan Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...