Sejak namanya hangat diperkatakan oleh netizen di seluruh negara, Mira yang mempunyai hubungan dengan usahawan dan pempengaruh TikTok, View Chin dilihat mendiamkan diri daripada media sosial.
Gadis ini dilihat kurang membuat hantaran baru di Instagram seperti selalu namun ada mengeluarkan kenyataan daripada pihaknya selepas tular tentang hubungan mereka berdua.
Terbaru, Mira telah memuat naik video di Instagram story mempamerkan dirinya yang sedang menjadi hos TikTok live namun rakaman tersebut berlatar belakangkan sebuah lagu.
Sempat sunting video dan menggunakan lagu ‘Mengenangmu’ nyanyian Kerispatih, liriknya seolah-olah memberi maksud mendalam dengan situasinya sekarang. Antara bait lirik lagu ini,
Adakah di sana, kau rindu padaku. Meski kita kini ada di dunia berbeda.”
Bukan itu sahaja, Mira turut meletakkan tanda pagar #mogakuatmira dan ia nampak seperti siaran langsung tersebut bukan daripada syarikat View Chin.
Tidak dapat dipastikan jika ia merupakan rakaman video lama namun sudah tentu ada sebab Mira menggunakan lagu tersebut memandangkan bait bait lirik seperti membawa makna tersirat.
Terdahulu, View Chin telah memuat naik video menunjukkan dia sudah kembali ke pejabat dan meraih perhatian apabila dia sempat meletakkan tanda pagar #tangga.