“Hubungan Saya Bermula Lepas View Chin Bercerai, Saya Tiada Kena Mengena..” – Mira Bersuara Isu ‘Tangga’

Kehidupan

“Hubungan Saya Bermula Lepas View Chin Bercerai, Saya Tiada Kena Mengena..” – Mira Bersuara Isu ‘Tangga’

Sedia maklum, isu kemelut rumah tangga seorang influencer dikenali ramai iaitu View Chin dan isteri, Shermine telah meraih perhatian ramai selepas si isteri membongkarkan kelakuan suami berlaku curang bersama staf sendiri yang dikenali sebagai Mira.

Pelbagai bukti telah didedahkan oleh Shermine di laman Facebooknya sebelum ini dan melalui screenshot mesej yang ditunjuk, View Chin dan Mira didakwa sering melakukan perbuatan zina sepanjang bersama.

Advertisement

Lama mendiamkan diri, akhirnya ‘skandal’ View Chin, Mira atau nama sebenar Amirah Firdaus mengeluarkan statement di Instagram Story.

ig story mira view chin

Melalui hantaran tersebut, dia mengakui kesilapan yang dilakukan dan menerima segala kecaman yang dilemparkan kepada dirinya dengan hati terbuka.

Bagaimanapun, Mira sempat menafikan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan influencer tersebut, sebaliknya mula bercinta selepas View Chin bercerai dengan isteri.

Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan rasa menyesal atas perbuatan yang dilakukan bersama lelaki tersebut.

Sekadar info, View Chin sebelum ini menafikan perbuatan jijik yang dilakukan dan mendakwa Shermine adalah punca rumah tangga mereka goyah setelah kantoi mempunyai lelaki lain.

11 months ago

View Chin Dapat Hak Penjagaan 3 Anak, Shermine Enggan Lepaskan - "Macam Mana Perempuan Tu Nak Jaga Mereka?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...