Sebelum ini, penyanyi rap Caprice dan isterinya Farra Inalis sempat meraih perhatian netizen apabila isterinya meminta untuk seorang pemuda melutut meminta maaf kerana telah menghina anak mereka.
Gembira dapat kongsi
Di sisi lain, Caprice meluahkan rasa gembira kerana selama ini dapat berkongsi pengalaman dan tips menjaga bayi mereka dengan ibu bapa lain di media sosial.
Namun begitu, kerana kes sebelum ini, penyanyi rap ini memutuskan untuk tidak lagi berkongsi mengenai anak mereka di media sosial bagi mengelakkan hal tersebut terjadi kembali.
Maaf untuk semua ibu bapa yang suka sama-sama kongsi perjalanan macam mana nak jaga baby.
Kita sangat seronok berkongsi dan mendengar daripada awak semua siap bagi tips.
View this post on Instagram
Berhenti buat sementara waktu
Bagaimanapun, menurut Caprice dia dan isterinya sudah membuat keputusan untuk melindungi anak mereka dan tidak lagi berkongsi foto serta video bayi mereka di laman sosial buat masa sekarang.
Bagaimanapun, Elis dan saya sudah buat keputusan untuk berhenti kongsi foto dan video anak lelaki kami buat masa kini.
Sayang awak semua dan kami sangat hargai.
View this post on Instagram
Terdahulu, sebuah rakaman tular memaparkan seorang pemuda diminta melutut dihadapan Farra selepas menghina bayi mereka. Susulan itu, pasangan suami isteri ini menerima kecaman hebat daripada netizen yang menganggap tindakan mereka keterlaluan kepada sesama manusia.