“Kes Ditutup, Boleh Move On..” – Dikecam Teruk, Caprice Dedah Ibu Pemuda Tiada Masalah Anak Melutut Mohon Maaf

Hiburan

“Kes Ditutup, Boleh Move On..” – Dikecam Teruk, Caprice Dedah Ibu Pemuda Tiada Masalah Anak Melutut Mohon Maaf

Tular baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi rap Caprice memaparkan seorang pemuda yang disuruh melutut meminta maaf kepada isteri dan anaknya setelah menghina mereka di media sosial.

Keluarga tiada masalah

Setelah menerima banyak kritikan, Caprice memuat naik tangkap layar chat bersama dipercayai abang kepada pemuda tersebut yang dikenali sebagai Irfan.

Advertisement

Katanya, ibu mereka tidak mempunyai masalah dengan hal berkenaan dan berharap isu tersebut tidak dipajangkan lagi.

Okay je Cap. Dah sekolah macam biasa. Saya call ibu saya setiap hari. Alhamdulillah dia okay.

 

Adik saya sendiri yang nak pergi jumpa Cap minta maaf. Sebab dosa sesama manusia dengan berjumpa depan-depan untuk meminta kemaafan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Lawan budaya buli siber

Dalam pada itu, penyanyi rap ini juga berharap agar orang ramai tidak lagi mempersoalkan isu terbabit memandangkan ahli keluarga pemuda itu sendiri tiada masalah dengan tindakan isterinya itu.

Caprice juga terlihat mengajak netizen untuk sama-sama melawan budaya buli siber yang menjadi punca terjadinya kejadian tersebut.

Kes ditutup. Pihak atau ibu pemuda itu pun okay dengan tindakan kami. Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak puas hati dengan cara Elis, dah boleh move on.

 

Jom kita sama-sama pejuang dan lawan budaya buli siber.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Terdahulu, Caprice berjaya menangkap individu yang telah menghina bayinya di media sosial. Individu itu telah dibawak berjumpa dengan isterinya yang meminta pemuda itu memohon maaf sambil melutut di depannya.

isteri caprice
2 days ago

"Apalah Sangat Melutut Dengan Apa Yang Dia Cakap Dekat Anak Aku" - Isteri Caprice Tampil Bidas Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...