“Maaf Terhensem Pulak..” – Amerul Affendi ‘Tayang’ Pernah Menang Anugerah Luar Negara, Finas Diam Je Ke?

Hiburan

“Maaf Terhensem Pulak..” – Amerul Affendi ‘Tayang’ Pernah Menang Anugerah Luar Negara, Finas Diam Je Ke?

Isu berkaitan pelakon baru perlu mempunyai raut wajah yang kacak dan cantik masih lagi menjadi perdebatan hangat rakan artis dan netizen di media sosial setelah ia diutarakan oleh pengarah terkenal, A.Aida baru-baru ini.

Antara selebriti yang tampil menyuarakan pendapat mereka adalah seperti Amerul Affendi, aktres Nasha Aziz dan juga pengarah Fadzil Teh.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter  

Amerul yang sememangnya diketahui netizen sebagai pelakon berbakat dan versatil juga ada tampil mengkritik pendirian A.Aida di Twitter miliknya baru-baru ini.

Terbaru, pelakon filem Mencari Rahmat itu ada ‘mengusik’ Finas apabila dia memuat naik video dia tampil kacak bergaya ketika menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Asian International Film Festival.

Maaf ter-hamsem pulak. Finas diam je tu? Dah kenapa? Terkesima ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan Amerul selain memuji taraf lakonannya yang tidak dinafikan, dekat di hati penonton.

Ni baru wajah melayu betul. Dah la berlakon pun power. Wajah mix badan berkepok-kepok berlakon ala kadar je.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar Amerul ‘jalan terus’ dan tidak mensia-siakan bakat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib
2 years ago

"Dia Memang Hensem, Kita Je Lalai!" - Ramai Netizen Setuju Shuib Duda 'Terhangat' Di Pasaran?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...