M. Nasir Ulas Isu Pengasas Produk Mula Terbit Lagu Sendiri, Tunggu Dua Atau Tiga Tahun Lagi Untuk Lihat Kesan Pada Industri

Hiburan

M. Nasir Ulas Isu Pengasas Produk Mula Terbit Lagu Sendiri, Tunggu Dua Atau Tiga Tahun Lagi Untuk Lihat Kesan Pada Industri

Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir tampil memberi sedikit pandangan mengenai perkembangan industri serta era digital yang berkembang maju sehingga telah mencetuskan perubahan terhadap industri seni tempatan.

Ujar penyanyi lagi Mentera Semerah Padi ini lagi, platform digital telah membuka banyak ruang kepada golongan yang asalnya bukan penyanyi untuk menghasilkan lagu single dan ia seolah-olah menjadi satu ikutan di Malaysia.

Advertisement

Kata M. Nasir, perkara tersebut merupakan cabaran kepada penggiat industri seni kerana apabila teknologi berubah cara masyarakat menggunakan pelantar muzik juga berubah.

Ini budaya sekarang, mungkin memberi tekanan kepada orang-orang yang serius buat lagu, saya rasa ia adalah satu cabaran. Apabila teknologi berubah, cara orang menggunakan platform pun berubah.

Sesiapa yang ada dalam industri kenalah bersedia sama ada dia yang mengubah perkara ini atau biasakan diri.

Malah, pengasas produk kecantikan juga dilihat semakin giat menerbitkan lagu mereka sendiri, tidak kira untuk tujuan pemasaran atau kepuasan hati sendiri.

Ditanyakan mengenai sejauh mana perkembangan dan fenomena itu dapat merubah industri muzik, ujarnya perkara itu harus dilihat dalam beberapa tahun yang ada datang.

“Buat masa sekarang, para komposer dan penyanyi mengadu tentang ini, jawapan sama ada kejadian sebegini boleh merosakkan industri ataupun tidak, saya rasa kita kena tunggu dahulu mungkin dalam dua ke tiga tahun..” tambahnya lagi.

m nasir Marlia musa
2 years ago

M Nasir Positif COVID-19, Kini Berada Dalam Keadaan Stabil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...