M Nasir Positif COVID-19, Kini Berada Dalam Keadaan Stabil

Hiburan

M Nasir Positif COVID-19, Kini Berada Dalam Keadaan Stabil

Penyanyi dan juga komposer terkenal, Datuk M Nasir telah disahkan positif COVID-19 pada pagi Isnin lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri, Datin Marlia Musa yang memberitahu bahawa mereka berdua kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Advertisement

Marlia yang dihubungi mStar berkata bahawa suaminya itu telah melakukan ujian kit pantas pada hari Ahad kerana mempunyai program pada  hari itu dan hasil ujian mendapti dia positif.

Kami terus ke klinik buat PCR dan pagi ini (Isnin) keputusan masih positif. Jadi sekarang kami berdua berada di rumah dan perlu menjalani proses kuarantin.

Dalam pada itu, Marlia mengatakan bahawa M Nasir kini sedang berada dalam keadaan stabil dan baik-baik sahaja.

Dia turut memohon agar orang ramai mendoakan penyanyi lagu Mentera Semerah Padi itu segera sembuh dan pulih seperti biasa.

Terdahulu, M Nasir ada membuat persembahan ketika program Festival Filem Malaysia ke-31 yang diadakan pada malam Jumaat lalu.

3 years ago

Bapa M.Nasir Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun Di Singapura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...