Datin Patimah sebelum ini sering kali memuat naik status sedih ataupun seolah-olah kecewa dengan seseorang di laman media sosialnya.
Terbaru, melalui Instagram Story, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu ada memuat naik foto anak-anak Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sambil meletak status ‘sedih’.
Status wanita tersebut seperti ingin memberitahu kepada seseorang bahawa luka di hatinya belum sembuh dan masih terasa dengan individu tersebut.
Biarpun ditulis ringkas, status itu dapat menggambarkan situasi ‘perit’ yang sedang dihadapi olehnya.
Sebelum ini, Datin Patimah sangat lantang mempertahankan menantu kesayangannya, Puteri Sarah susulan konflik rumah tangga yang berlaku di dengan anak lelaki, Syamsul Yusof.