Datin Patimah Terima Foto Aib Punca Tekanan, Penyebab Syamsul & Ira Kazar Fail Saman Terhadap JAWI

Hiburan

Datin Patimah Terima Foto Aib Punca Tekanan, Penyebab Syamsul & Ira Kazar Fail Saman Terhadap JAWI

Memetik Berita Harian, pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof telah berhasrat untuk menarik balik saman yang difailkannya sebelum ini terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Terdahulu, Syamsul ada memberi kenyataan bahawa dia akan menyaman agensi itu atas dakwaan menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail.

Advertisement

Pengarah itu berniat menyaman berhubung kenyataan isteri keduanya pada ketika itu, Faghira Fatini atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar yang dipanggil memberi keterangan kepada JAWI pada Ogos tahun lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Syamsul berkata pada 20 Disember 2022, Datin Patimah menghantar mesej WhatsApp iaitu foto mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.

Dalam dokumen tersebut, gambar pernyataan itu mengandungi fakta mengaibkan dan memalukan telah disebarkan kepada ibunya.

Akibat penyebaran fakta aib itu, Syamsul telah dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan dan memburukkan imej dia selaku pelakon dan pengarah filem.

Sekadar info, Syamsul selaku plaintif telah mengambil tindakan undang-undang menyaman Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Pengarah JAWI dan MAIWP berikutan kes tersebut.

Radhi Oag
10 months ago

"Saya Dah Penat, Banyak Kali Dipukul" - Selesai Kes Pukul Luar Mahkamah, Bekas Isteri Minta Radhi OAG Bayar RM300,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Berita Harian

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...