“Saya Dah Penat, Banyak Kali Dipukul” – Selesai Kes Pukul Luar Mahkamah, Bekas Isteri Minta Radhi OAG Bayar RM300,000

Hiburan

“Saya Dah Penat, Banyak Kali Dipukul” – Selesai Kes Pukul Luar Mahkamah, Bekas Isteri Minta Radhi OAG Bayar RM300,000

Bekas isteri kepada penyanyi Radhi OAG, Nur Shahira memaklumkan mereka berdua telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah berkenaan insiden pukul yang didakwa telah dilakukan oleh bekas suaminya.

Berikutan itu, Shahira telah menuntut RM300,000 secara bayaran penuh ataupun RM1,000 sebulan bagi tidak membebankan Radhi dan penyanyi itu juga difahamkan telah bersetuju dengan perkara itu.

Advertisement
Radhi Oag bekas isteriSumber : Utusan Malaysia  

Sebenarnya Radhi nak beri RM5,000 dan RM500 sebulan, saya rasa tidak cukup untuk dua anak. Saya juga perlu bayar pinjaman kereta dan rumah, selain keperluan baju, makanan, vitamin, tuisyen dan sekolah anak.

Radhi juga ada menawarkan rumah untuk didiami Shahira dan anak-anak namun wanita itu enggan kerana tidak mahu lagi mempunyai kaitan dengan bekas suami dan hanya ingin berhubung berkaitan hal anak-anak.

Saya serius sudah penat, benda ni banyak kali berlaku (insiden dipukul) dan kali ini saya buka kes (lapor polis). Radhi pun tidak mahu mengaku (salah) dan saya penat turun naik mahkamah, lebih baik saya akhiri kes ini.

Jelas Shahira lagi, dia ingin menarik balik kes atas sebab tertentu atas sebab tertentu selain menjimatkan masa kedua-dua mereka daripada turun naik mahkamah.

Terdahulu, Radhi dibicarakan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada bekas isterinya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

10 months ago

Kena Fitnah Makan Duit Adik Sendiri, Kakak Dedah Bapa Pakai Duit Gaji Asif Beli Pil Kuda & 'Spin' Judi

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...