Pelakon cantik manis, Janna Nick mengakui dirinya sama sekali tidak terasa hati dengan komen yang ditinggalkan pelakon Lufya Omar di laman Instagramnya, baru-baru ini.
‘
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,26, ada memuat naik foto dia berimej ala patung ‘Barbie’ bersama dengan sebuah beg tangan berjenama mewah.
View this post on Instagram
Dihujani kata-kata pujian di ruangan komen, dilihat Lufya tidak ketinggalan meninggalkan sedikit dua kata kepada pelakon drama Marry Me Senorita itu.
“Barbie rambut tu sangat comel. Tak sabar nak tunggu Janna berhijrah. Mesti lagi cantik.” tulis Lufya.
Janna yang dihubungi media berkata dia tidak terasa hati malah berterima kasih kepada Lufya kerana meninggalkan komen seperti itu.
Apa yang dia (Lufya) cakap itu memang kebenaran yang kita semua tahu. Mungkin dia mahu gunakan platform Instagram untuk dia berdakwah dan mengajak kita ke arah kebaikan. Saya ambil teguran itu secara positif.
Ini berikutan ada sesetengah netizen yang menganggap komen Lufya sebagai ‘kurang ajar’ kerana membuat teguran itu secara terbuka.
View this post on Instagram
Namun bagi Janna, sempena peralihan tahun baru Maal Hijrah yang disambut semalam, setiap insan sepatutnya mempunyai azam untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Manakala bagi Lufya, komen yang ditinggalkannya itu sepatutnya dibaca sebagai sesuatu yang positif dan bukannya sebagai intimidasi.
“Saya sedang doakan Janna dan pastinya doa yang baik itu akan kembali semula pada yang mendoakan untuk terus istiqomah. Komen saya memang doa untuk Janna..” ujar Lufya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.