Luaran Sahaja Nampak Keras Tapi Awie Pandai Ambil Hati – Sharifah Ladyana

Hiburan

Luaran Sahaja Nampak Keras Tapi Awie Pandai Ambil Hati – Sharifah Ladyana

 Tanggal 7 Oktober lepas merupakan detik indah buat Awie dan Sharifah Ladyana yang sah bergelar suami isteri. Difahamkan, majlis pernikahan mereka diadakan di Thailand.

Advertisement

Bila Ladyana bernikah dengan Awie, ada juga mulut-mulut yang mengatakan mengapakah wanita yang 19 tahun lebih muda daripada penyanyi rock itu mahu berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kes memukul isterinya sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Ladyana juga sanggup menggalas tanggungjawab untuk bergelar “ibu segera” kepada lima orang anak Awie.

Menurut Ladyana, perbezaan umur mereka bukanlah penghalang untuk beliau dan Awie berkasih sayang.  Mungkin pada luaran Awie tampak ganas dan keras tetapi beliau sebenarnya pandai mengambil hati.

Mungkin luarannya nampak kasar dan keras, tetapi Awie sebenarnya kelakar serta mudah menitiskan air mata.

Saya banyak bermuhasabah diri, berfikir dengan tenang, selain menunaikan solat istikharah dan berdoa diberi petunjuk sebelum memilih Awie sebagai suami. Saya berharap perkahwinan kami diberkati dan saya menjadi insan terakhir dalam hidupnya.

Ladyana juga tidak kisah apa pandangan masyarakat terhadap keputusannya untuk berkahwin dengan Awie. Buat beliau, Awie adalah lelaki yang terbaik.

Saya lebih mengenali sisi peribadinya, malah antara kami tiada rahsia. Awie terlalu menyayangi dan melindungi anaknya dan dari situ, saya yakin dia mampu menjaga saya dengan baik.

Jodoh antara Ladyana dan Awie sudah ditentukan oleh Allah SWT. Kami harap perkahwinan mereka berdua akan kekal sehingga hujung nyawa dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Amin..

Sumber Berita : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...