(TAHNIAH) Awie Sah Bergelar Suami Kepada Sharifah Ladyana

Hiburan

(TAHNIAH) Awie Sah Bergelar Suami Kepada Sharifah Ladyana

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi rock Awie kerana telah sah bergelar suami kepada Sharifah Ladyana hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi.

Advertisement

Awie segak bergaya ibarat pahlawan dengan memilih persalin baju Melayu rona berwarna hitam manakala Ladyana turut anggun mengenakan baju kurung warna sama.

Majlis berkenaan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan anak-anak Awie. Awie dan isterinya masing-masing menitiskan air mata selepas mereka sah diijabkabulkan.

Menurut Awie, keikhlasan hati Ladyana yang sudi menerima dan melayan anak-anaknya adalah salah satu sebab Awie terpikat dengan wanita itu.

Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat.  Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu.

Difahamkan majlis resepsi Awie dan Ladyana yang berkonsepkan tradisional Melayu  di tepi pantai bakal diadakan malam ini.

Semoga perkahwinan Awie kali ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...