Kalau anda sudah baca lagi artikel yang bertajuk “Kami Tak Sokong Pengetua AF9 Dari Negara Luar” yang sudah pun mencecah 416 komen, anda pasti tahu ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan melantik Ahmad Dhani sebagai Pengetua AF9. Tetapi semalam kami menerima satu email daripada seorang pembaca yang membuka persepsi minda kami. Kosongkan minda anda dan bacalah luahan hati pembaca tersebut di bawah:-
[note]Abang Nara yang dihormati,
Saya kagum dengan komen-komen yang dilontarkan di dalam artikel “Kami Tak Sokong Pengetua AF9 Dari Negara Luar”. Masing-masing nampaknya memang bersemangat 1Malaysia dan sangat-sangat membantah kalau Ahmad Dhani menjadi Pengetua AF9. Tapi Abang Nara, adakah sebenarnya memang salah kalau Pengetua AF9 diambil dari luar negara?
Bak kata orang, muzik itu universal. Muzik itu boleh meresap ke dalam jiwa kita tanpa mengira bahasa apa yang digunakan. Kalau sememangnya sudah tak ada calon yang baik di Malaysia, apa salahnya kita tengok ke luar negara? Saya berani jamin sekiranya pengetua AF9 diambil dari negara lain selain Indonesia, rakyat Malaysia akan buat tak tahu sahaja. Betul tak?
Disebabkan khabar angin Pengetua AF9 adalah Ahmad Dhani yang asalnya dari Indonesia menyebabkan rakyat Malaysia meroyan semacam. Katakan Ahmad Dhani berasal dari Singapura ataupun Taiwan, adakah mereka akan membantah seperti ini? Sudah tentu tidak kan? Ini semua kerana persepsi negatif rakyat kita terhadap Indonesia?
Sememangnya saya akui saya sebagai rakyat Malaysia juga sangat bengang dengan sikap rakyat Indonesia yang melampau sangat kebencian mereka terhadap Malaysia. Tapi itu adalah satu aspek yang sangat berbeza dengan muzik. Kenapa hendak samakan muzik dengan sikap tidak bermoral rakyat Indonesia yang lain? Kalau dengan perlantikan Ahmad Dhani dapat membantu melahirkan bakat baru yang sangat bermutu tinggi, saya rasa tak adalah salahnya kan?
Dan saya percaya pihak Astro sememangnya ada mencuba untuk mencari rakyat Malaysia untuk dijadikan pengetua AF9. Cuma seperti yang kita ketahui, tak semua orang berminat atau pun sanggup mengorbankan masa untuk terperap di dalam AF9 selama 2 bulan lebih. Saya percaya tawaran sudah diberikan kepada otai-otai muzik tanah air, cuma mereka terpaksa menolaknya kerana komitmen yang lain.
Saya juga sebolehnya mahukan rakyat tempat sendiri menjadi pengetua AF9. Tapi kalau benarlah Ahmad Dhani menjadi pengetua AF9, mungkin peluang ini boleh digunakan oleh pemuzik tempatan untuk menembusi pasaran Indonesia yang selama ini gagal ditembus oleh mana-mana pihak. Setakat yang saya tahu, hanya lagu “Isabella” sahaja yang femes di sana. Datuk Siti pun tercungap-tercungap nak tembus pasaran Indonesia yang rakyatnya berkali ganda lagi ramai dari kita.
Kalau benarlah Ahmad Dhani menjadi Pengetua AF9, saya cadangkan berikan peluang kepada dia. Jangan campur adukkan sentimen politik, sentimen keganasan dengan muzik. Muzik itu sepatutnya tidak ada barrier. Muzik itu universal. Sesiapa boleh belajar, mengajar ataupun diajar oleh orang lain tanpa mengenal bangsa, kaum ataupun kewarganegaraan.
Sekian terima kasih. [/note]