Written by AbangNara | December 6th, 2013

Seminggu dua ini, topik yang paling hangat diperkatakan tak lain tak bukan ialah percintaan Lana Nordin dan Johan As’ari. Mana tidaknya, hanya selepas 3 hari bertemu, Johan terus meluahkan hasratnya untuk melamar Lana. Terkejut beruk semua orang dibuatnya. Sekali pandang, memang tidak pernah terdetik di hati Abang Nara untuk menyaksikan mereka berdua menjadi suami isteri suatu hari nanti.

lana dan johanBerdasarkan pemerhatian Abang Nara di media sosial, banyak peminat yang melahirkan rasa kecewa terhadap Johan As’ari. Malah ada yang menuduh Johan tergoda dengan keseksian tubuh Lana sehingga begitu mudah jatuh cinta. Namun begitu, Lana sendiri telah mengumumkan bakal berubah selepas ini demi Johan. Ada yang memuji Johan kerana mampu membimbing Lana, ada juga yang mengeji Johan kerana jatuh cinta dengan Lana. Siap bertebaran khabar angin kononnya Lana menggunakan ilmu hitam untuk memikat Johan.

lana dan johan

Yang pasti, Abang Nara menerima banyak email daripada pembaca BeautifulNara mengenai isu ini. Salah satu daripada email tersebut ternyata menarik perhatian. Pendapat yang diutarakan sangat matang. Terasa wajar untuk Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Silalah baca di bawah ini:-

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi

hai Abang Nara, saya sering mengirimkan emel kepada Abang Nara dan saya pun tak expect yang Abang Nara akan publish emel saya di blog hiburan abang.

Tujuan utama saya menulis emel ini adalah berkaitan dengan kisah percintaan Lana Nordin dan Johan Asa’ari. Saya memuji sikap Johan yang mana pada saya beliau seorang yang sangat baik hati dan jujur orang nya. Jangan salah faham saya tidak megenali beliau secara peribadi tapi pada dasar nya kita boleh meneka seseorang itu dengan pergerakan dan perlakuan spontan mereka.

Siapa yang tidak kenal dengan Lana Nordin, pelbagai gelaran diberikan kepada beliau dan beliau juga tidak pernah kisah dengan kata-kata kesat yang ditaburkan kepada beliau. Jujurnya saya juga pernah terfikir ada ke lelaki yang akan mengambil beliau sebagai isteri..barang untuk sedap-sedap mungkin la tapi itu semua datang dari pemikiran manusia biasa yang cuma boleh menebak masa depan tapi yang merancangnya adalah Allah s.w.t… dia yang maha mengetahui dan sebaik-baik perancang.

Ingin saya quote kan kata-kata Ustaz Azhar Idrus “Lelaki yang hebat adalah lelaki yang boleh mengubah seorang wanita itu dari jahil kepada jalan yang benar iaitu ke jalan yang di redhai Allah s.w.t” . Dari kata-kata ini boleh kita bayangkan betapa hebatnya arwah suami Wilma Mohamad yang mana pada satu ketika dahulu pakaian nya seperti tak sempat berjahit, hebatnya suami Lina Hangat.. siapa tak kenal dengan sikapnya yang sehangat namanya tapi sekarang nyata beliau telah diberi hidayah oleh Allah s.w.t.

Setiap orang diberi hidayah dengan jalan yang berbeza.. contoh Yatt yang menerima hidayah ketika melakukan solat taubat selepas mendengat ceramah, Diana Amir yang menerima hidayah ketika sedang tidur, Farah Asyikin yang juga telah mengenakan hijab, Nana yang menerima hidayah apabila melihat satu persatu orang yang rapat dengan beliau di jemput ilahi, Ummi Nazeera, Irma Hasmie dan ramai lagi yang mana rata-ratanya dahulu kita sedia maklum perlakuan dan pemakaian mereka, ini menunjukan sesiapa saja boleh berubah dan menjadi muslimah yang baik di sisi Allah s.w.t yang diperlukan adalah peluang dan sokongan.

Public perlu memberi peluang kepada Lana Nordin, dan jika memang telah tertulis itu adalah jodoh Johan disekang dengan lautan dalam pun mereka akan tetap bersatu kerana tiada kuasa yang boleh mengatasi kekuasaan Allah s.w.t.

Nasihat saya kepada Lana, berubah kerana Allah s.w.t bukan kerana Johan atau ingin mengambil hati Datin Firdaus . Insha Allah bila kita ikhlas Allah s.w.t akan bantu kita. Islam itu besar dan luas bukan setakat berhijab tapi yang penting solat 5 waktu yang merupakan tiang agama dan benteng iman bila solat sempurna perlahan-lahan kesedaran akan datang dengan lebih mendalam.

kepada Johan, Lana adalah tangungjawab Allah s.w.t kepada kamu untuk diperbetulkan, kalau tiada jodoh pun anatara kalian mungkin kamu telah membantu belliau sebagai sedara seagama.. besar pahala kamu dapat nanti.

Itu sahaja tulisan dan nasihat saya andai emel ini tidak di publishkan sekurang-kurangnya panjang kan kepada dua insan ini. Semoga mereka kuat dan tabah .

lana dan johan

Menarik bukan email pembaca BeautifulNara ini? Memang seorang yang berfikiran positif. Apa pendapat anda pula? Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan pembaca-pembaca BeautifulNara yang lain.

P.S: Selesaikan masalah kulit dan kesihatan anda dengan produk hebat ini. Layari http://www.azaleadenaturale.com/ untuk pembelian segera.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

104 responses to Luahan Hati Pembaca BeautifulNara Mengenai Percintaan Lana Nordin & Johan As’ari

  1. assalamualaikum semua…xperlu rasanya kita mengata mereka bukan2..kita doakan saja mereka agar bahagia dan ingt segala peraturan ALLAH..kita bkan sapa2 untuk menghukum..kita juga ada salah silapnya..dengan kuasa ALLAH dan dengan izin ALLAH, lana boleh menjadi seorang insan yang lebih baik dr kita,..kita kena muhasabah diri..jangan melulu menghukum..kita tiada hak menghukum..please…sama2 kita doakan saudara kita…pikirlah positif..maaf andai menyakiti hati kalian…

  2. adanama says:

    assalamualaikum.Di sini sy nk buat sedikit pembetulan terhadap isi surat yg dilampirkn oleh peminat di atas.Untuk pengetahuan penulis surat dan semua di sini, Lina Hangat berhijrah bkn kerana hebatnya suaminya akn tetapi hidayah dr Allah lah yg telah membuka mata hatinya utk berhijrah dan utk pengetahuan penulis, bekas suami lina hangat tu adalah org inggeris yg masuk islam kerana berkahwin dan seorg yg panas baran.Jadi, sy mengharapkn agar si penulis yg menghantar emel di atas dpt membuat research dahulu sblum membuat pernyataan.Tp merujuk kepada isu lana nordin dan johan asari,sy merasakn lana nordin berhak utk diberi sokongn yg positif krn dirinya yg nampak seolah2 ingin berubah.
    Akn tetapi apabila melihat kpd kenyataan2 johan, johan seolah2 berkwn dgn seseorg dan suka memberi harapan yg tidak pasti.Oleh itu sy berpendapat, johan harus benar2 ikhlas dlm menyatakn hasrat berkwn mahupun bercinta dan tidak mudah memberi harapan kpd sesiapa pon yg dia tertarik mahupun terpikat.Akhir kata, belajarlah utk tidak culture shock buat johan dan teruskn usaha mencari hidayah Allah buat lana.

  3. […] Luahan Hati Pembaca BeautifulNara Mengenai Percintaan Lana Nordin & Johan As’ari (103) […]