Luahan Hati Nur Fazura

Hiburan

Luahan Hati Nur Fazura

nur fazura

Nur Fazura. Bukan sahaja lelaki tetapi kaum wanita pun turut mengkagumi kecantikan duta tebaru Lux ini. Hidupnya sering dipenuhi kontroversi tetapi semua itu mengajar Fazura untuk menjadi lebih tabah. Kontroversi terbaru tak lain tak bukan dakwaan yang menyatakan Fazura menggunakan silikon di bahagian dadanya. Namun semua itu dihadapi dengan tabah dan professional.

Advertisement

Abang Nara makin lama makin suka dengan si Fazura ini. Nampak kematangan cara pemikirannya. Tak cepat melatah. Dan yang paling penting, nampak makin mesra dengan peminat di Facebook Fazura. Di bawah adalah luahan hati terbaru Nur Fazura di dalam Facebooknya. Jangan lupa like Facebook Fazura untuk berinteraksi dengannya.

[note]SYUKUR ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH YA ALLAH Diatas Segala Limpah Kurnia RezekiMU. Faz terlalu BERSYUKUR Atas SEMUA Keistimewaan, Kebahagiaan, Lindungan serta Rezeki melimpah ruah yang ALLAH kurniakan pada faz. Sayu hati ini bila memikirkan Kasih dan SayangNYA. Apa saja yang kita minta ALLAH kurniakan dan selalunya semua yang TERBAIK. Sorry kalau faz emotional sikit,

Faz agak sedih dan kesian pada diri sendiri sebenarnya. Kenapa orang sentiasa nak fitnah faz.. Sedangkan faz ni kawan pun tak ramai, buat hal sendiri je rasanya, duduk rumah je. Bertambah paranoid nak keluar skrg sebab faz perhatikan, setiap kali ada benda baik yang jadi kat faz, yang faz buat, ada saja orang yg tak boleh terima, ada saja yang kepanasan.

Mereka sentiasa memerhati gerak geri faz dan mencari salah silap untuk dijadikan cerita dan bahan fitnah untuk memburukkan faz, supaya faz nampak jahat dan berdusta. Kalau berdiam diri pun macam-macam cerita orang buat, apa lagi kalau faz ni jenis yang selalu lepak di mamak dan sebagainya. Apa pulak cerita yang direka?

Faz rasa orang sekarang sudah tidak ada hati.. Kerana hasad dengki dan kepentingan diri mampu buat apa saja, tidak kira dosa asalkan puas hati. Kebanyakan orang sekarang juga sudah tidak bertuhankan ALLAH, tapi banyak yang sudah lalai dan lupa diri, taksub dan bertuhankan DUIT, HARTA, PANGKAT dan GLAMOUR.

Berkejar-kejar, Berlumba-lumba, Tapi silapnya mereka ialah mereka juga fikir kita begitu, maka macam-macam lah tuduhan yang dilemparkan sesuka hati. Tapi cukuplah, takde guna faz nak melatah. Faz juga dah maafkan mereka setulus hati. Mudah2an mereka akan diberikan petunjuk oleh ALLAH SWT. ALLAH MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI, MAHA MENGASIHANI DAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA tiada Dua.

Faz berdoa dijauhkan oleh manusia-manusia yang berniat durjana, segala perbuatan fitnah serta niat yang jahat dan faz percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya dan hikmahnya pasti sesuatu yang sangat Baik dan Positive. Hanya masa yang akan menjawab. Mudah2an. Sorry again, kalau faz tiba-tiba emotional.

Going to sleep now. Tomorrow will be a HAPPY DAY for all of us!!! THANK YOU for listening and always being there for faz. Semoga ALLAH memberi segala balasan Kebaikan di dalam dunia sampai akhirat buat semua darling faz yang Prihatin, Caring dan Positive. Faz takkan lupa. THANK YOU for your Unconditional Love and Support.

Again, TERIMA KASIH kerana mendengar luahan hati faz yang emotional di pagi pagi buta ini hehe.. LOVE LOVE LOVE YOU.. Assalamualaikum :)[/note]

P.S: Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk peluang anda memenangi hadiah bernilai lebih RM40,000 bersama Milo Fuze Jam Pack.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...