Pelakon Mas Khan baru-baru ini mendedahkan bahawa dia berbelanja hampir RM7,000 dalam sehari.
Menerusi hantaran Instagram Story yang dimuat naik, Mas menunjukkan jumlah perbelanjaannya pada pertengahan bulan November.
Today is 16 November, so lebih kurang sehari RM6,625.”
Walau bagaimanapun, menerusi komen di sebuah forum, perkara itu rata-ratanya mendapat reaksi negatif netizen yang menyifatkan dia sebagai seorang yang suka menunjuk-nunjuk.
“Very uneducated and lower par punya jantan,” kata seorang netizen.
“Ya tunjuk lah lagi semua harta-harta kau, kau seorang je ada harta,” ujar seorang lagi wargamaya.
Terdahulu, Mas Khan pernah dikritik hebat selepas secara terang-terangan mengaku jarang solat lima waktu sehari.