“Ada Masa Belajarlah Agama” – Terang-Terang Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, PU Syed ‘Sembur’ Mas Khan

Trending

“Ada Masa Belajarlah Agama” – Terang-Terang Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, PU Syed ‘Sembur’ Mas Khan

Pelakon Mas Khan meraih perhatian dan mengundang kritikan netizen selepas dia mengeluarkan kenyataan dan secara terang-terangan mengaku jarang solat cukup 5 waktu.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab soalan ditanya oleh pengikutnya di Instagram dan Mas Khan turut berkata dia mempunyai cara lain untuk menambahkan pahala.

Advertisement

Mas khan
2 minggu lalu

"Saya Pandang Lebih Pada Hati" - Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala

Bukan sahaja peminat industri hiburan tetapi pengakuan itu turut membuatkan ramai pihak terkejut termasuklah pendakwah bebas, PU Syed yang memberi teguran terhadapnya.

Katanya, solat adalah tiang agama serta wajib ditunaikan oleh umat Islam dan meninggalkannya secara sengaja merupakan dosa besar.

Menerusi Instagram, PU Syed menegur Mas Khan dan memaklumkan bahawa pelakon dan usahawan tersebut wajib bertaubat serta qada solat yang ditinggalkan selama ini.

Mengaku jarang solat dan cari pahala dengan kebaikan yang lain adalah satu kenyataan seolah-olah ‘berani tanggung dosa’. Amalan amalan lain hanyalah tambahan sahaja.”

Dalam pada itu, pendakwah tersebut turut memohon Mas Khan belajar agama jika ada masa. Malah teguran ini turut dibuat untuk para pengikutnya yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh!Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...