Lotus’s Tarik Balik Penjualan ‘Value Chicken Nugget’, Didakwa Berkulat Dan Tidak Berkualiti

Berita

Lotus’s Tarik Balik Penjualan ‘Value Chicken Nugget’, Didakwa Berkulat Dan Tidak Berkualiti

Tular baru-baru ini di mana muncul dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa produk keluaran pasaraya Lotus’s iaitu Value Chicken Nugget tidak berkualiti dan berkulat.

Sehubungan dengan itu, pihak Lotus’s telah tampil membuat kenyataan rasmi menerusi laman web rasmi Facebook mereka.

Advertisement
Tesco Lotus'sSumber : Google  

Menurut syarikat itu, produk untuk kategori tersebut telah ditarik balik penjualannya buat sementara waktu bagi kesemua cawangan pasar raya Lotus’s di seluruh negara bagi tujuan menangani masalah terbabit.

Pihak mereka turut memohon maaf kepada semua pelanggan yang telah membeli produk tersebut dan juga mengucapkan terima kasih di atas pemaklumkan isu kualiti jenama itu kepada pihak mereka.

Sehubungan itu, Lotus’s juga telah meminta pelanggan yang baru sahaja membeli produk Value Chicken Nugget untuk memulangkan kembali barangan tersebut dan bawa bersama resit pembelian untuk tujuan ‘refund’ di mana-mana cawangan Lotus’s terdekat.

Malah, para pelanggan juga masih akan menerima wang ganti rugi walaupun tiada resit produk tersebut.

Pihak Lotus’s memberi jaminan mengenai kualiti dan keselamatan setiap produk keluarannya untuk sentiasan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Program Jaminan Kualiti dan Sistem Keselamatan Makanan HACCP yang menjadi keutamaan syarikat.

Sindiket nigeria
2 years ago

Gadis 'Lokal' Jadi Mangsa, Individu Ini Dedah Sindiket Kartel Dadah Nigeria Semakin Rancak Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...