Viral di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fai Awin yang mendedahkan dirinya diganggu secara seksual oleh seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.
Menerusi hantaran tersebut, Awin mengakui hanya mendapat keberanian untuk mendedahkan perkara itu kepada orang awam selepas hampir setahun lebih kes itu terjadi namun tiada tindakan lanjut daripada pihak polis mahupun universiti.
Menurut Awin, kisah bermula apabila dia menghantar kiriman message kepada seorang pensyarah untuk bertanyakan mengenai assignment kerana kurang memahami tugasan itu.
And dia tanya boleh tak tolong dia jadi respondent. So as student kitorang dah biasa kena jawab kaji selidik ni so tak expect apa-apa buruk.
Jelasnya lagi, walaupun selepas membaca soalan kaji selidik yang berbaur lucah itu, dia masih bersangka baik terhadap pensyarah berkenaan memandangkan ketika itu kecoh mengenai gangguan seksual.
I percaya sir I ni orang baik-baik. I percaya seorang pendidik tu takkan buat benda terkutuk tu. But I rasa I silap.
Malah, pensyarah tersebut turut membuat panggilan telefon sepanjang menjalankan kajian dan bertanyakan soalan berbaur lucah selain mengajak melakukan onani.
Susulan itu, Awin telah bertindak mengumpul semua bukti dan membuat laporan polis setelah menyedari dirinya diganggu secara seksual oleh pensyarah berkenaan.
Bagaimanapun, gadis itu mendakwa masih tiada kemas kini yang dilakukan oleh pihak polis berkenaan kes terbabit walaupun kesemua bukti termasuk telefon pintar dan sim card yang digunakan telah diambil untuk siasatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.