Pelakon, penyanyi dan pengarah, Liyana Jasmay berkata dia akan mengeluarkan ‘buah tangan’ terbaru buat peminat apabila dia bakal muncul dengan dua single terbaru tidak lama sahaja lagi.
Liyana bakal muncul dengan ‘buah tangan’ baru
Ujarnya, dia berhasrat untuk mengulangi fenomena lagu hits ‘Aku Tak Percaya Cinta’ yang pernah dinyanyikannya suatu ketika dahulu.
Saya sebenarnya dah bincang lama dengan bos saya (V Prashan) sejak tahun lepas. Saya cakap nak lagu baharu. Tak nak tinggalkan dunia nyanyian begitu sahaja.
Dipendekkan cerita, sebelum bulan Ramadan hari itu saya lepak dengan Prashan dia bagi saya pilihan lagu.
Malah, Liyana juga khabarnya telah diterbangkan ke Jakarta untuk menjalani rakaman di studio dua minggu sebelum Syawal.
Akui berasa gemuruh masuk studio rakaman
Pelakon filem Papadom itu juga mengakui berasa gemuruh apabila masuk ke studio rakaman setelah sekian lama meninggalkannya sejak tahun 2016.
Sekarang baru siap proses mixing dan sedang mencari rakan kolaborasi untuk menjalani video muzik (MV).
Nak buat MV saya tak nak yang biasa-biasa sebab saya seorang pengarah filem (ketawa). Saya nak siapkan MV sebelum bulan Julai.
Liyana bakal muncul dengan dua single bergenrekan balada dan juga ‘fun song’.
Sekadar info, pelakon kecil molek itu pernah muncul dengan lagu seperti Aku Tak Percaya Cinta, Cinta Bersatu dan Oh Na Na.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.