“Tak Boleh Rakam Video Atau Gambar Masa Majlis” – Penyanyi Rap Wanita Rupanya Dah Lama Bersuamikan Komposer?

Hiburan

“Tak Boleh Rakam Video Atau Gambar Masa Majlis” – Penyanyi Rap Wanita Rupanya Dah Lama Bersuamikan Komposer?

Penyanyi Bunga Isme sebelum ini dilaporkan sering saja mengelak daripada mengulas mengenai status terkininya.

Terbaru, muncul dakwaan yang mengatakan penyanyi rap itu sudah pun bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 14 Oktober tahun lalu.

Advertisement

Memetik sumber, majlis pernikahan Bunga dan Amzar telah diadakan secara tertutup di sebuah villa di Kuang, Selangor.

Malah, Bunga dan pasangan turut memberi ‘syarat’ kepada tetamu untuk tidak merakam sebarang gambar atau video sepanjang majlis berlangsung mahupun memuat naik sebarang hantaran mengenai pernikahan mereka di laman sosial.

Namun tidak dipastikan mengapakah keduanya merahsiakan perkahwinan mereka kepada umum.

Amzar juga ada memuat naik gambar mesra berbaju raya sedondon biru di Instagram di samping Bunga selain kapsyen foto yang seolah-olah memberi bayangan status terkini dirinya yang sudah menjadi suami orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah
17 hours ago

Ruhainies Mohon Ampun Maaf, Ini Respon Bella Astillah - "Alhamdulillah, Saya Minta Maaf Sebab.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...