‘Live’ Bersama Budak Bawah Umur, Usahawan Kosmetik Ditahan Polis

Hiburan

‘Live’ Bersama Budak Bawah Umur, Usahawan Kosmetik Ditahan Polis

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pemilik akuan Instagram yang pengasas produk kosmetik telah melakukan siaran langsung atau live di media sosial itu bersama dengan kanak-kanak dipercayai bawah umur dan perkara itu mendorong seorang pensyarah melaporkan kepada pihak polis.

Safiey Illias
4 years ago

Safiey Illias Live IG Dengan Budak Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis

Advertisement

Ia susulan daripada tindakan pemilik akuan berkenaan bersama rakannya dipercayai menari secara mengghairahkan di hadapan kanak-kanak bawah umur itu serta turut ‘mengajar’ mereka cara-cara menghisap dadah.

Terbaru, pemilik akuan Instagram (IG) Safieyillias94 telah ditahan pihak polis semalam bagi membantu siasatan berhubung dengan komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

IG Live Safiey Budak Bawah Umur

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, apabila pihaknya telah menahannya susulan daripada satu laporan yang diterima.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan.”

Sebelum ini, pihak polis dilaporkan sedang mengesan pemilik akuan masing-masing bernama safieyillias94 dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung tentang komunikasi lucah bersama kanak-kanak di bawah umur di laman sosial Instagram.

Hal itu disebabkan seorang pensyarah Universiti telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi kelmarin bagi melaporkan perkara itu.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha yang membabitkan dua kanak-kanak bawah umur.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kredit foto utama: Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...