Safiey Illias Live IG Dengan Budak Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis

Hiburan

Safiey Illias Live IG Dengan Budak Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis

Tular di media sosial apabila usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias telah melakukan Instagram Live bersama dengan budak bawah umur sekitar jam 2 pagi pada Rabu.

Gara-gara itu, netizen mendapati ada unsur-unsur kesalahan seksual telah dibuat terhadap dua kanak-kanak tersebut.

Advertisement

Enggan menjadikan perkara itu sebagai normal dalam masyarakat kini, seorang pensyarah telah tampil membuat laporan polis terhadap Safiey ekoran daripada peristiwa itu.

Ujar Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menerusi sebuah hantaran di Facebooknya, laporan tersebut dibuat atas dakwaan berdasarkan tiga kesalahan di bawah akta dan peraturan di Malaysia.

Tulisnya di Facebook, laporan itu dibuat kerana dirasakan terlalu banyak tolak ansur dan ‘memberi muka’ terhadap golongan Instafamous ini.

Advertisement

safiey ilias
8 bulan lalu

Berdepan Hukuman Penjara Tujuh Tahun, Safiey Illias Mengaku Bersalah Cederakan Instafamous Baby Ara

Dia dalam pada itu turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak ketika menggunakan telefon bimbit agar tidak terjebak dengan perkara seperti ini.

Terdahulu, Safiey bersama seorang lagi individu dikatakan telah memberi galakan kepada dua kana-kanak tersebut untuk menari seperti di kelab malam selain mengajar keduanya mengambil bahan terlarang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Dida

    June 10, 2021 at 8:36 am

    INilah Malaysia. ….kes sajat pun senyap gtu. …ni safiey illias plok. ..ni kes orang duit banyak…habis2 saman ajer……

Loading...