Lisa Surihani Respon Tentang Kehamilannya

Hiburan

Lisa Surihani Respon Tentang Kehamilannya

Semasa Yusry KRU mengesahkan bahawa isteri tercinta Lisa Surihani sedang mengandung anak mereka yang pertama, peminat industri hiburan tempatan turut merasa teruja kerana akhirnya pasangan ini bakal menimang cahaya mata setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga.

Susulan berita kehamilan tersebut, ada pihak yang menyatakan kemungkinan besar Lisa Surihani sedang mengandungkan bayi kembar. Namun, hanya Yusry sahaja sebelum ini yang memberikan respon mengenai kehamilan tersebut manakala Lisa megambil keputusan untuk berdiam diri.

Advertisement

Terbaru, Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan seidikit mengenai kehamilannya.

Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut ‘bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami.

Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki.

Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu.

 

Kata orang-orang tua adalah lebih baik untuk tidak terlalu gembira jika kehamilan baru di peringkat awal. Apa-apa pun doakan segalanya berjalan dengan lancar buat Lisa Surihani dan Yusry KRU untuk bergelar ibu dan bapa. Rasanya ramai yang nak lihat Yusry Jr mungkin? Hehe

Sumber Berita: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...