Lima Tahun Menduda, Along Cham Tak Pernah Tutup Hati Cari Pasangan Hidup

Hiburan

Lima Tahun Menduda, Along Cham Tak Pernah Tutup Hati Cari Pasangan Hidup

Pelawak Along Cham memaklumkan bahawa hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima mana-mana wanita untuk bergelar suri hidupnya meskipun sudah 5 tahun bergelar duda.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad 37, berkata dia menyerahkan urusan jodoh kepada takdir Allah S.W.T.

Advertisement

Tidak pernah menetapkan tempoh masa untuk kembali bergelar suami, Along menjelaskan bahawa tumpuannya kini banyak tertumpu kepada kerjaya dan juga anak, Ahmad Danial yang kini berusia 9 tahun.

Advertisement

Buat masa ini saya fokus 100 peratus pada karier. Selepas selesai kerja, saya start kereta dan balik ke Johor untuk tengok anak.

Tambahnya lagi, dia juga ingin memperbaiki kerjaya dan diri sendiri sebelum menerima orang lain dalam hidupnya.

Saya bukan nak kata saya perlukan masa yang lama atau tidak. Jodoh itu rahsia Allah, kalau dah sampai jodohnya, esok lusa pun boleh kahwin.

Terdahulu, Along telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang merupakan bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-4, Zila Seeron pada 23 Januari 2010.

Rumah tangga mereka berantakan setelah Zila telah ditahan penguatkuasa JAWI atas tuduhan khalwat pada 13 Ogos 2016.

Pasangan ini kemudian bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

5 years lalu

Along Cham Enggan Komen Dakwaan Zila Seeron Ditangkap Khalwat Bersama Kekasih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...