August 14th, 2016

Terkejut juga kami hari ini apabila mendengar khabar angin isteri kepada Along Cham iaitu Zila Seeron didakwa dicekup berkhalwat bersama kekasihnya sekitar jam 5 pagi 13 August lepas.

Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, isteri kepada seorang pelakon dan pelawak dikatakan bersembunyi di belakang almari ketika tangkapan dilakukan, manakala kekasihnya itu yang dikatakan berstatus suami orang sedang berada di ruang tamu ketika serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI).

Dalam serbuan berkenaan penguatkuasa JAWI meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula. Walaubagaimanapun, pihak JAWI terpaksa memecahkan pintu rumah kerana sudah 30 minit menunggu serta tidak mendapat kerjasama daripada pemilik rumah.

Apabila berita ini tersebar luas, ramai melakukan spekulasi bahawa wanita yang ditangkap khalwat itu adalah Zila.

Untuk mendapatkan kepastian, pihak media cuba untuk menghubungi Along. Namun, Along nampaknya enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai dakwaan liar tersebut.

maaf, saya tidak mahu komen.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...