Lima Pengacara Melodi Paling Diingati, Mana Satu Yang Paling ‘Riuh’?

Hiburan

Lima Pengacara Melodi Paling Diingati, Mana Satu Yang Paling ‘Riuh’?

Program hiburan paling sensasi, Melodi sememangnya dikenali dengan kandungan rancangan yang menampilkan seleksi cerita artis hiburan tempatan dan juga luar negara.

Mula disiarkan pada tahun 1993 dan dihoskan oleh Mahadzir Lokman pada ketika itu, ia kemudiannya menyaksikan ramai selebriti mengambil tempat sebagai pengacara mengikut musim.

Advertisement

Antara selebriti terkenal yang pernah menjayakan program hiburan sensasi itu adalah seperti Ogy Ahmad Daud, Nabila Huda, Fara Fauzana, Janna Nick dan ramai lagi.

1. Ogy Ahmad Daud

Pelakon terkenal 90-an ini mempunyai aura yang tersendiri dan merupakan pengacara yang berjaya menjadikan Melodi kekal relevan sehingga ke hari ini.

2. Fara Fauzana

Kebolehan Fara Fauzana berkomunikasi dan berbakat dalam bidang pengacaraan telah berjaya menaikkan nama program tersebut untuk berada dalam kelasnya tersendiri.

Fara juga masih dikenali sebagai juruhebah radio kerana bakatnya itu sehingga ke hari ini.

3. Wahid Senario

Kalau anda berada di generasi baru pasti tidak sempat untuk melihat gelagat pelawak Wahid di pentas pengacaraan Melodi ini.

Tampil bersahaja dan terselit humor dalam gaya pengacaraannya, Wahid juga antara salah satu anggota kumpulan Senario selain Saiful Apek dan Yassin Yahya yang pernah menjadi pengacara Melodi.

4. Zizan Razak

Pernah digandingkan bersama Awal Ashaari, Zizan yang merupakan pelawak dan juga penyanyi telah mencipta satu frasa terbaru yang menjadi ayat penutup rancangan hiburan itu iaitu ‘berdiri di atas bakat sendiri’.

5. Awal Ashaari

Merupakan salah seorang yang paling lama berada di pentas pengacaraan Melodi, dia juga banyak bergandingan bersama pasangan pengacara yang berbeza.

Lima tahun memegang jawatan hos Melodi, Awal juga telah berjaya menjadikan rancangan hiburan ini kekal popular meskipun dengan lambakan program dan rancangan hiburan yang lain.

Selain itu, antara nama-nama lain yang pernah menjadi hos Melodi seperti Raja Azura, Aznil Nawawi, Sheila Rusly, Dira Abu Zahar, Sherry Alhadad dan Ajak Shiro.

Kini, program tersebut telah dihiasi dengan muka baharu iaitu Ain Edruce dan juga Haziq Hussni bermula 7 Ogos yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

neelofa tak hargai peminat?
2 years ago

"I Tak Kisah Pun" - Peminat Bagi Hadiah Dalam Live TikTok, Tapi Neelofa Tak Hargai?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...