Sekali lagi selebriti dan usahawan, Neelofa menjadi topik utama perbualan orang ramai setelah tular satu video di TikTok memaparkan dia seperti tidak kisah dengan pemberian hadiah daripada peminat dalam siaran langsung TikTok.
Menerusi video yang di muat naik oleh seorang pengguna di platform berkenaan, Neelofa serta suaminya iaitu Haris Ismail sedang membuat live di TikTok bersama pengikutnya.
Di dalam live tersebut, Neelofa meluahkan perasaan tentang apa yang sedang dilalui olehnya dan ketika sibuk membuat luahan, salah seorang pengikutnya telah memberi hadiah Swan kepada selebriti itu, namun tidak dihiraukan.
Biarpun sudah nampak hadiah yang diberi, Lofa tidak mengendahkan ia sebelum suaminya menegur sebanyak dua kali untuk mengucapkan terima kasih kepada si pemberi yang juga merupakan peminatnya.
Sehubungan dengan itu, reaksi daripada selebriti kelahiran Kelantan itu membuatkan warganet berasa ‘panas’ dan menyifatkan, dia langsung tidak menghargai pemberian hadiah daripada peminatnya.
Kebanyakkan warganet seakan-akan kecewa dengan cara Neelofa melayan peminatnya serta tidak menyangka perkataan ‘tak kisah’ itu keluar daripada mulut pemilik produk inai berjenama Nunha itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
tecit
August 12, 2022 at 1:31 pm
rase mcm nk try inai die. huhu. sbb tgk kwn2 pkai mmg mcm inai betol meresap ke dlm kuku. so xtinggalkan lapisan atas kuku mcm inai instant. sbb tu die mahal. cume yela hajah lofa ni masih terbawa2 watak die dr kecik. biadap. huhu. xpe boleh diasah lagi oleh sang suami. tp tebiat kite ni mmg susah nk buang wpun dah bertutup litup. but itu mmg perjuangan kite. perjuangan melawan nafsu sndiri. kite semua ni mujahid dan mujahidah. semoga kite semua dpt husnul khotimah. jgn la mrh lofa. die pon manusia biase jgk.