Adakah anda pernah mendapat mesej daripada seseorang yang dikenali ingin meminjam wang tetapi sebenarnya individu itu adalah ‘scammer’?
Sindiket penipuan meminjam wang sememangnya diketahui semakin rancak ‘mengenakan’ orang di luar sana yang masih belum mengetahui modus operandi mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, @pelabur_bijak ada berkongsikan taktik dan cara-cara ‘scammer’ ini menggodam Telegram ataupun Whatsapp sebelum melakukan penipuan ‘meminjam’ wang mangsa.
Social engineering/phishing adalah teknik yang sangat common & effective kerana kecuaian manusia adalah weak link dalam sistem security.
— Pelabur Bijak (@Pelabur_Bijak) April 4, 2022
Menurut individu itu, ‘scammer’ ini akan menghantar mesej kepada anda seperti di dalam gambar melalui akaun media sosial kenalan kita yang telah di ambil laih untuk dapatkan kod tersebut.
Dan apabila sudah berjaya, ‘scammer’ ini akan mesej teman-teman di dalam kenalan kita untuk meminjam wang.
Dia juga ada memberi contoh kes di mana baru-baru ini Presiden Umno iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah mengakui bahawa sistem pesanan Telegram dan WhatsApp miliknya telah digodam.
‘Scammer’ yang telah mengambil alih akaun kemudiannya telah menghantar mesej kepada kenalan Zahid Hamidi untuk meminjam wang sebanyak RM5,000.
Hati-hati guys!