Leuniey Semakin Popular, Kini Diburu Oleh Produser Filem

Hiburan

Leuniey Semakin Popular, Kini Diburu Oleh Produser Filem

Siapa Leuniey? Kalau anda tak tahu, ini bermakna anda baru pertama kali membaca BeautifulNara kerana Abang Nara telah beberapa kali mengeluarkan cerita mengenai si gadis Kelantan ini. Nama Leuniey meletup setelah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gola Malaysia, Apek.
leuniey

Selepas keluar di beberapa suratkhabar kerana dikaitkan dengan Apek, Leuniey telah dilamar oleh Datuk Siti Nurhaliza sendiri untuk menjadi model kepada iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum. Dan hari ini, Harian Metro melaporkan yang Leuniey telah ditawarkan tawaran berlakon oleh 2 produser terkenal Malaysia, David Teo dan Datin Zaiton Mohd Jiwa. Hebat kan?

Advertisement

le

Namun sayangnya tawaran tersebut terpaksa ditolak kerana kesibukan Leuniey menjaga butiknya di Kelantan. Kata Leuniey:-

Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan. Pada masa sama, saya duduk di Kota Bharu dan jika hendak berlakon perlu ke Kuala Lumpur menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan.

Pastinya suatu hari nanti, Leuniey akan terjun juga ke dalam bidang lakonan. Memang murah sangat rezeki Leuniey. Daripada seseorang yang tidak dikenali, Leuniey bakal menjadi seorang pelakon popular. Tahniah Abang Nara ucapkan atas kejayaan Leuniey. Diharap kalau jadi pelakon nanti, tidak banyak kontroversi yang Leuniey cetuskan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...