June 8th, 2012

Siapa Leuniey? Kalau anda tak tahu, ini bermakna anda baru pertama kali membaca BeautifulNara kerana Abang Nara telah beberapa kali mengeluarkan cerita mengenai si gadis Kelantan ini. Nama Leuniey meletup setelah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gola Malaysia, Apek.
leuniey

Selepas keluar di beberapa suratkhabar kerana dikaitkan dengan Apek, Leuniey telah dilamar oleh Datuk Siti Nurhaliza sendiri untuk menjadi model kepada iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum. Dan hari ini, Harian Metro melaporkan yang Leuniey telah ditawarkan tawaran berlakon oleh 2 produser terkenal Malaysia, David Teo dan Datin Zaiton Mohd Jiwa. Hebat kan?

le

Namun sayangnya tawaran tersebut terpaksa ditolak kerana kesibukan Leuniey menjaga butiknya di Kelantan. Kata Leuniey:-

Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan. Pada masa sama, saya duduk di Kota Bharu dan jika hendak berlakon perlu ke Kuala Lumpur menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan.

Pastinya suatu hari nanti, Leuniey akan terjun juga ke dalam bidang lakonan. Memang murah sangat rezeki Leuniey. Daripada seseorang yang tidak dikenali, Leuniey bakal menjadi seorang pelakon popular. Tahniah Abang Nara ucapkan atas kejayaan Leuniey. Diharap kalau jadi pelakon nanti, tidak banyak kontroversi yang Leuniey cetuskan.


184 responses to “Leuniey Semakin Popular, Kini Diburu Oleh Produser Filem”

  1. mmmm says:

    Lieney, muda hanya sekali. while still young and beautiful, cubalah bakat yg dtg bergolek tu. test how far you can go and may be make another history is created. who knows. go girl. no harm as long as kamu menjaga tata susila dan adab sopan, pretty girl.

  2. zarina anjulie bongekkkk says:

    elehhhhhh setakat makeup tbl boleh la….

  3. meeradriana says:

    kat dalam iklan aritu dia pose sana pose sini jer..
    boleh ker blakon nih..

  4. Izara Aishah says:

    ape2 apun,aku lagi comel!!!

    Sekian

  5. Anonymous says:

    orang kelantan memang lawa tapi yg lawa dan cantik tu xjadi artis, leuniey dan neelofa xlayak mewakili wanita kelantan yg cantik dan lawa, itu satu penghinaan untuk wanita cantik dan lawa di kelantan.
    dulu bila orang puji2 fasha cantik tp sy tengok xcantik, so i wonder mungkin sebab orang penang xramai yg cantik so muka macam fasha pun dah dipuji bagai, now i know sebab dia artis jer kot, bila tgk muka macam neelofa dan leuniey pun org puji2 sedangkan sy sbg orang kelantan sendiri tahu muka diorang ni bukan kategori cantik dan ramai yg lebih cantik dari mereka so mungkin begitu juga dgn fasha, fazura dan lisa surihani, mereka xlayak mewakili wanita cantik negeri mereka. terus terang mereka biasa sahaja.
    wanita cantik skang makin beriman berbanding dulu kot, xminat jadi artis, dulu2 ramai gak yg cun cthnya wardina yg dah insaf, erra fazira, zahnita. skang ni yg cun hanya juliana evans. heliza yg mirip nurkhairiah tu pun korang kata cun, ntah hapa2.

Loading...